Blogger Backgrounds

Monday 10 September 2012

Kepentingan Air Dalam tubuh Badan Manusia

Kenapa air sangat perlu?
  • Air melaraskan suhu badan, tekanan darah dan PH tubuh.
  • Membantu penyerapan nutrien makanan untuk dibekalkan kepada sel
  • Mengawalatur kepekatan darah dalam badan
  • Melindungi kelembapan dan keanjalan kulit.
Orang dewasa memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Bagi kanak-kanak pula jumlah yang diperlukan mungkin berbeza mengikut umur, berat dan kegiatan fizikal mereka.
Selain itu keperluan air mungkin meningkat sekiranya individu itu mengamalkan gaya hidup yang aktif dan keadaan cuaca persekitaran juga perlu diambil kira. Contohnya sekiranya kita bersenam dalam keadaan cuaca panas sudah tentu kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
 
 
Antara tanda-tanda kekurangan air adalah :-
  • Air kencing kuning dan pekat
  • Cepat letih
  • Bibir kering/merekah
  • Mengantuk
  • Lemah otot
  • Sakit kepala atau pening
  • Terlalu dahaga
  • Menyukarkan pembuangan toksik - sembelit
Penting juga untuk memastikan air yang diminum bersih dan selamat kerana air yang tercemar akan mengakibatkan penyakit bawaan air.
Masa yang terbaik untuk minum air adalah sebelum kita merasa dahaga.
 

No comments:

Post a Comment