Blogger Backgrounds

Monday 10 September 2012

7 Sebab Kenapa Badan Kita Perlukan Supplemen.

Jika ditanya pada anda perlu tak pengambilan supplemen dalam diet harian agak-agaknya apa jawapan anda? Ada yang kata tak perlu sebab makanan yang saya makan dah penuh dengan nutrisi. Lagipun makanan yang segar lagi bagus. Ada jugak yang kata perlu sebab pengambilan makanan harian mungkin juga telah kekurangan nutrisi. Bagaimana boleh kekurangan nutrisi? Mari kita baca fakta dibawah :-
  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan.

  • Buah-buahan yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur yang ditanam dari tanah yang subur. Racun perosak,racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanana dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

  • Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan. alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

  • Pengambilan makanan harian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

  • Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

  • Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malas memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kurang dititik-beratkan.
Setelah baca fakta-fakta diatas, rasa-rasanya perlu tak pengambilan supplemen? Tepuk dada, tanya kesihatan anda...
Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya :-
Farrah
Contact No : 013-362 9234
Email : farrahfilzah11@gmail.com

No comments:

Post a Comment