Blogger Backgrounds

Wednesday 19 September 2012

Cemburukan Adik Baru

Pa&Ma keluaran September ni ada memberikan tips bagaimana nak handle situasi si kecil yang cemburu dengan kehadiran 'orang baru' yang dirasakan menggugat kasih sayang ibu dan ayah terhadapnya.
Pernahkan anda mengalami situasi sebegini? Jika pernah apa tindakan anda? Ok, jom kita baca tips-tips dari Pa&Ma.



Cemburu kepada adik baru boleh menjadi sebab kepada pelbagai masalah. Ia boleh menjadi lebih parah sekiranya dibiarkan. Oleh sebab kemahiran komunikasi dan bahasa mereka masih belum berkembang sempurna, pada peringkat usia begini, luahan cemburu sering ditunjukkan menerusi kelakuan-kelakuan mudah mengamuk.

Kesan cemburu juga mengakibatkan terjadi perbuatan-perbuatan yang agresif seperti memukul atau menyakitkan adiknya yang mungkin akan mendatangkan kecederaan. Oleh itu, pupuklah rasa sayang mereka kepada adik yang bakal lahir agar rasa cemburu dapat dielak.

Langkah-langkah untuk mengelakkan dia cemburu pada adiknya selepas dilahirkan kelak:
  • Beritahu bakal akak atau abang tentang kehadiran adiknya tidak lama lagi sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil. Ajaklah anak berbual dengan adiknya di dalam kandungan. Langkah ini akan menyebabkan ia tidak ketinggalan dalam penantian kelahiran adiknya dan tahu kelak dia akan menjadi kakak atau abang.
  • Cuba libatkan anak anda dalam membuat persediaan menyambut kelahiran adiknya.  Sebagai contoh ketika membeli-belah barang keperluan seperti pakaian atau mainan. Berikan ia kebebasan memilih satu barang untuk bakal adiknya. Langkah ini akan menyebabkan dia berasa seronok, teruja dan berlagak seperti abang atau kakak.
  • Terangkan padanya berulang-ulang kali bahawa adiknya nanti akan memerlukan banyak perhatian selepas dilahirkan. Sebagai contoh-“Nanti bila adik lahir, mama kena susukan adik sebab adik tak boleh makan dan minum macam Sara. Dia boleh minum susu mama sahaja. Dia tidak boleh mandi sendiri, tak boleh pakai baju sendiri. Jadi mama dan Sara kena tolong mandikan adik dan pakaikan baju. Bila adik dah besar macam Sara, adik dah boleh buat sendiri”.
  • Elakkan mengubah rutin harian anak anda selepas kelahiran adiknya. Anda sepatutnya mengubahnya sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dia rasa anda berubah selepas melahirkan adiknya lahir. Sebagai contoh dari segi pembahagian masa  untuk mandi, siapa menemaninya makan atau mengajarnya mewarnai dan melukis mengambil alih tugas ibu. Cuba praktik jadual baru membaca dan menonton sekurang-kurangnya lima atau enam bulan sebelum adik baru menjengah dunia.
  • Minta bantuan anak anda semasa anda menguruskan adiknya. Sebagai contoh minta bawakan lampin atau tisu  lembap untuk menukarkan lampin adiknya. Ia akan membuatkan ia berasa seperti kakak atau abang yang boleh diharap dan boleh memupuk perasaan sayang kepada adiknya.
Apa yang perlu dielakkan?
  • Memberitahu kehadiran adiknya nanti adalah sebagai teman bermainnya. Hal ini kerana  tempoh hamil sangat panjang dan selepas kelahiran adik barunya hanya akan menyusu dan tidur sahaja, tidak akan menjadi teman sepermainannya sepantas itu.
  • Melarang dia  daripada menghampiri atau menyentuh adik kerana caranya yang agak kasar. Biasanya anak pada usia ini akan memeluk adiknya dengan terlalu kuat atau mencium dengan kerap. Tindakan ini menunjukkan ia sedang keliru dengan perasaan sendiri. Sebaik-baiknya tegur dengan cara yang baik dan ajar dia cara untuk menyentuh dengan cara yang lembut.
  • Pada peringkat umur ini, anak akan mudah cemburu melihat orang lain mendapat perhatian. Ia ditunjukkan dengan pelbagai hal seperti mahu ibu memakaikan baju untuknya, mahu didukung seperti adik dan disuapkan ketika makan walhal dia sudah pandai melakukannya sendiri. Usah cepat melenting. Kawal emosi dan anggap anak anda sedang menyesuaikan diri dengan keadaaan baru.
  • Mendukung adik baru ketika memperkenalkan kepadanya. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda berasa terpinggir dan anda lebih menyayangi adiknya.
  • Orang sekeliling lebih menumpukan perhatian kepada adiknya berbanding dirinya. Anda perlu meminta ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tidak ketinggalan bercakap mengenai si kakak atau abang agar perhatian yang diberikan lebih seimbang.
 
Credit : Pa&Ma
 
 

No comments:

Post a Comment