Blogger Backgrounds

Wednesday 12 September 2012

Diabetes Semasa Kehamilan

Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM) Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Punca berlakunya GDM Perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan juga lactogen dalam uri) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Tetapi kedua-dua perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang dipanggil insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormon dalam plasenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan.

Faktor yang berkaitan dengan GDM:
  • Ahli keluarga terdekat mengidapi penyakit DM
  • Obesiti atau kegemukan
  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4 kg)
  • Air ketumban yang berlebihan
  • Wanita yang berumur 35 tahun keatas
Antara risiko yang mungkin dihadapi oleh ibu dan bayi dalam kandungan adalah :

Risiko pada ibu :
  • Tekanan darah meningkat semasa mengandung
  • Jangkitan kuman semasa mengandung
  • Kesukaran melahirkan anak (trauma kelahiran)
  • Peluang bersalin secara cesarean adalah tinggi
  • Risiko mengalami diabetes pada masa akan datang

Risiko pada bayi yang dikandung :
  • Bayi bersaiz besar, berat melebihi 4 kg
  • Tahap gula dalam badan rendah
  • Kesesakan nafas selepas lahir
  • Jaundice yang berpanjangan



Bagaimana Diabetes dapat dikesan ?
Diabetes dapat dikesan melalui ujian darah. Ujian ini digelar OGTT ( Oral Glucose Tolerance Test ) dan dilakukan selepas berpuasa semalaman. Tetapi anda juga mungkin mengalami simptom-simptom seperti keletihan, dahaga yang melampau, pembuangan air kencing yang banyak atau penglihatan sedikit kabur. Segeralah berjumpa doktor sekiranya simptom-simptom ini berlaku.

Bagaimana rawatan terhadap Diabetes Milletus ?
Rawatan untuk Diabetes Milletus adalah lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mengurangkan kandungan glukosa dalam darah adalah sentiasa berada ditahap normal.

Antaranya adalah :
- Diet yang khusus
- Senaman
- Suntikan Insulin

Credit : http://www.mems.my

Perlu diingat ibu hamil yang mengidap diabetes juga perlu makan supplemen seperti yang doktor sarankan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Selain vitamin-vitamin asas untuk ibu mengandung iaitu, Vitamin C, B-Complex , Multivitamin dan Ostematrix, anda juga bole add-on Shaklee Zinc Complex juga. Ia baik untuk membantu pankreas mengeluarkan insulin. Insulin penting dalam mengawal kandungan gula dalam darah.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya :-
Farrah
Contact No : 013-362 9234
Email : farrahfilzah11@gmail.com

No comments:

Post a Comment