Blogger Backgrounds

Sunday 9 September 2012

Cadangan Vitamin Semasa Berpantang

Biasanya bila berpantang ibu-ibu akan lebih terdorong untuk mengambil jamu. Tambahan pula sekarang memang banyak jamu-jamu di pasaran sampai tak tahu yang mana terbaik untuk diri sendiri tapi dalam masa yang sama risau kalau jamu-jamu itu akan memberi kesan kepada bayi tersayang.

Kesan yang bagaimana ya? Contohnya baby dapat jaundis, badan baby naik rashes, cirit-birit dan secara tak langsung ibu-ibu terpaksa menghentikan pengambilan jamu buat sementara waktu sehingga keadaan baby pulih. Tapi dengan set bersalin Shaklee dah tak perlu risau, insyaallah kesan-kesan yang saya nyatakan tadi tidak akan berlaku. Jadi, apa lagi. Mahu mencuba vitamin Shaklee sebagai alternatif kepada jamu dan herba?. Jom baca vitamin apa yang terdapat dalam set berpantang Shaklee ni.
  • B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
  • Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  • Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Tapi suka saya cadangkan untuk ibu yang berpantang menambah beberapa vitamin lain untuk manfaat ibu terutamanya bagi ibu yang hendak membuat stok susu perahan.
  • Energizing Soy Protein - untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu di mana kandungan utama ESP ini ialah protein dan kalsium yang sangat penting untuk penghasilan susu ibu.
  • Ostematrix - selain sebagai milk booster, kalsium magnesium yang mana antara kebaikannya adalah seperti yg dinyatakan dalam testimoni di atas, iaitu utk mengelakkan sembelit selain kebaikan kalsium magnesium lain kerana ibu yang baru lepas bersalin banyak kehilangan darah dan kalsium magnesium juga diperlukan untuk pembentukan darah.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya :-
Farrah
Contact No : 013-362 9234
Email : farrahfilzah11@gmail.com

No comments:

Post a Comment