Blogger Backgrounds

Tuesday 18 September 2012

Kenapa Omega-3 penting dalam diet harian kanak-kanak?

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin. Sungguh pun terdapat ibu bapa yang menghadkan pengambilan lemak di dalam pemakanan anak-anak mereka, namun terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum.

Antara kepentingan lemak adalah sebagai sumber pengangkutan vitamin di dalam badan. Tahukah anda, bahawa antara vitamin yang larut dalam lemak adalah seperti A, D, E, dan K. Tanpa lemak, vitamin ini tidak akan mampu untuk dibawa ke dalam sistem badan.

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexaenoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia.

Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan – yang penting terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawal atur sistem pencernaan di dalam perut.
  • Membaik pulih sel – terutama di dalam pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia kekal pada tahap yang normal.
  • Tekanan bendalir – terutama pada bahagian mata dan telinga.



Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega – 3 di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah. Namun hal ini dapat di tingkatkan dengan pengambilan makanan seperti:
  • Minyak soya.
  • Ikan (jenis laut dalam) dan makanan laut.
  • Minyak ikan kod.
  • Telur ayam (yang diperkaya dengan Omega – 3).
  • Kekacang.
Apa yang paling penting adalah setiap ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi memastikan mereka mendapat sumber khasiat yang seimbang demi perkembangan yang optimum.

Tapi macam mana kalau anak-anak yang picky-eater? Yang hanya makan makanan yang mereka suka sahaja. Jadi, anda boleh berikan Omega Guard Shaklee sebagai supplemen untuk anak-anak. Tak perlu berikan setiap hari pun tak apa, just berikan pada mereka selang sehari pun sudah memadai.
Jika anda berminat dengan Omega Guard ini feel free to contact me anytime ya...

Credit : http://www.nural.com.my

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya :-
Farrah
Contact No : 013-362 9234
Email : farrahfilzah11@gmail.com

No comments:

Post a Comment