Blogger Backgrounds

Thursday 18 October 2012

Tips Atasi Morning Sickness



    
Seringkali alahan yang melanda di awal kehamilan disebut sebagai 'Morning Sickness'. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak semestinya berlaku diwaktu pagi sahaja. Ada segelintir wanita hamil alah di waktu malam. Ada juga yang mengalami alahan sepanjang hari. Kebanyakkan pakar perubatan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekaligus menimbulkan rasa mual.

Disini saya berikan sedikit panduan yang di petik dari majalah Pa&Ma yang mungkin membantu dalam mengurangkan gejala morning sickness.  

Langkah 1
Sekiranya anda mengalami morning sickness sebaik sahaja bangun tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Sebaiknya cuba duduk dulu dan bangun perlahan-lahan dan berdiri.

Langkah 2
Digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Dianjurkan 6 kali sehari. Ini kerana, mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa akan menyebabkan anda menjadi mual.

Langkah 3
Seharusnya elakkan makanan yang boleh menimbulkan loya. Hindarkan makanan berlemak,berminyak, pedas dan yang tinggi kandungan asidnya.

Langkah 4
Peppermint sangat membantu dalam usaha mengurangkan morning sickness.

Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehydrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman tinggi kafein ataupun karbonat.

Langkah 6
Makan makanan yang tinggi protein sebelum tidur. Ini dapat meningkatkan paras gula dalam darah dan seterusnya membantu mengurangkan rasa mual.

Langkah 7
Vitamin B6 sangan efektif untuk mengurangkan rasa mual. Ada kajian mengatakan golongan wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom alahan daripada menjadi lebih teruk.


Cadangan Vitamin Untuk Ibu Hamil
Trimester I
Vitalea (Multivitamin)
B Complex
Vitamin C
Ostematrix

Trimester II dan III
Vitalea (Multivitamin)
B Complex
Vitamin C
Ostematrix
Omega Guard

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya :-
Farrah
Contact No : 013-362 9234
Email : farrahfilzah11@gmail.com

No comments:

Post a Comment