Blogger Backgrounds

Sunday 21 October 2012

Pra-Eklampsia : Apa Yang Anda Harus Tahu

Apa Itu Pra-Eklampsia?
Pra-eklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing.

Pra-eklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.

Jika pra-eklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.

Penyebab pra-eklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
  • Berumur 40 tahun atau lebih.
  • Tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • Mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes.
  • Mengandung kembar or berganda.
  • Mempunyai sejarah pra-eklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya.
  • Telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.

Bolehkah mencegahnya?
Tiada cara yang pasti untuk mencegah pra-eklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan supplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah pra-eklampsia dalam sesetengah wanita.

Apakah petanda amaran bagi Pra-Eklampsia?
Ada kalanya pra-eklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut:
  • Muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba.
  • Sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur.
  • Sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda.
  • Muntah.
Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak.

Credit : BabyCenter



No comments:

Post a Comment