Blogger Backgrounds

Friday 5 October 2012

Masalah Sewaktu Hamil

Kehamilan merupakan detik indah dalam diari seorang ibu. Tetapi bagi kebanyakkan wanita tidak dapat lari dari masalah-masalah yang sering dihadapi semasa mereka hamil.

 Antara masalah-masalah yang sering di hadapi adalah :

Mual dan muntah
Ia masalah biasa yang menyerang bakal ibu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak mengalaminya. Biasanya ianya akan berhenti apabila memasuki trimester kedua.

Pendarahan
Pregnancy spotting atau pendarahan ketika awal kehamilan adalah masalah biasa berikutan daripada proses penembusan embrio ke dalam dinding rahim.Kesan darah yang keluar sangat kecil TETAPI jika anda melihat sebarang pendarahan yang serius segeralah berjumpa doktor. Ianya mungkin petanda kepada masalah yang lebih serius.

Pedih ulu hati
Kebanyakkan wanita akan mengalami masalah ini tetapi ianya tidak memudaratkan cuma anda akan berasa tidak selesa. Ini terjadi kerana perubahan hormon dan fizikal badan anda. Bayi yang semakin membesar memenuhi rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus, membuatkan rasa pedih di dada.

Kesan regangan
Kesan regangan hamil adalah parut seperti garisan yang melingkari paha, perut, payudara atau lengan akibat pertambahan berat badan. Kawasan yang paling kerap mengalami regangan adalah di bahagian perut. Cara untuk mengatasinya adalah dengan menyapu krim atau losyen khas untuk melembabkan kulit dibahagian yang terlibat.

Sakit tulang belakang
Ia adalah perkara yang biasa berlaku. Biasanya ia semakin teruk bila usia kandungan semakin meningkat. Makanan yang mengandungi kalsium amat digalakkan untuk wanita hamil dan selalunya vitamin tersebut akan dibekalkan oleh doktor semasa pemeriksaan antenatal.



No comments:

Post a Comment