Blogger Backgrounds

Thursday 11 October 2012

Shaklee Atasi Pedih Ulu Hati...

Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda.

Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung.




Punca Terjadi Pedih Ulu Hati
Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.

Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.
Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.

Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih  atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.

Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.

Langkah-langkah di bawah boleh mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap:-
  • Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
  • Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
  • Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
  • Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
  • Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
  • Banyakkan minum air terutamanya air putih.
  • Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
  • Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
  • Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
  • Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
Jika anda mengalami pedih ulu hati, supplement Shaklee insyaallah...dapat membantu.

Supplemen Shaklee yang dapat membantu :-


Pengambilan protein membina otot dan organ yang sihat. Ini akan menghadkan ‘kemahuan’ tubuh kita terhadap makan bergula dan berkanji.



Vitamin B-Complex penting untuk penghadaman, terutamanya bagi menukarkan gula kepada tenaga.

Credit : Alam Hamil dan Mommy Lyna

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya :-
Farrah
Contact No : 013-362 9234
Email : farrahfilzah11@gmail.com

No comments:

Post a Comment