Blogger Backgrounds

Wednesday 13 February 2013

Punca, Tanda Dan Cara Merawat Resdung

Apa itu resdung ?

RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya.



Gejala resdung:
  • Hidung tersumbat
  • Lendir daripada hidung dan tekak
  • Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Tip menguruskan resdung:
  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
  • Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
  • Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
  • Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
  • Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
  • Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
  • Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Credit : Utusan Malaysia

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya :-
Sms/WhatsApp : 013-362 9234
Email : farrahfilzah11@gmail.com
FB : Farrah Filzah Othman

No comments:

Post a Comment