Blogger Backgrounds

Tuesday 4 December 2012

KENALI OSTEOPOROSIS

Osteoporosis adalah keadaan dimana,kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat. Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.



Golongan yang berisiko mengidap osteoporosis :-
  • ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.
  • KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.
  • WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.
  • BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.
  • TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.
  • SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.
  • MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
  • MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.
  • PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.
  • MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.
  • RAWATAN kemoterapi.
  • KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.

Nutrisi bagi mengurangkan risiko Osteoporosis :-

Kalsium
Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa.

Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.

Vitamin D
Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah.

Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.

Shaklee Ostematrix
Bukan Sekadar Kalsium


OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya :-
Sms/WhatsApp : 013-362 9234
Email : farrahfilzah11@gmail.com
FB : Farrah Filzah Othman

No comments:

Post a Comment